Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kunjungan Hormat DMPM ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

214 views
SHARE

Kunjungan Hormat DMPM ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

1. Saya dapat merasakan kehadiran delegasi DMPM sangat dialu-alukan, terutama apabila YAS Ketua Pengarah JBPM sendiri bersama Pegawai-Pegawai Kanan JBPM hadir dalam sesi Kunjung Hormat tersebut. 

2. Kata-kata  aluan YAS Ketua Pengarah JBPM yang dimulai dengan memuji Jabatan Amal Malaysia merupakan suatu pengiktirafan yang amat besar maknanya kepada organ parti.

3. Di dalam sesi perbincangan, YAS Ketua Pengarah juga secara serius mengajak PAS melalui Lajnah-Lajnah yang bersesuaian untuk bersama berganding dengan JBPM dalam program-program kemasyarakatan anjuran JBPM. Saya melihat ianya suatu pembuka jalan untuk PAS dilihat berupaya menjadi peneraju kerajaan di mata masyarakat. 

4. Saya juga melihat suara dan harapan JBPM meminta PAS secara umumnya dan YB Senator Ustazah Nuridah secara khususnya untuk membawa isu-isu dan permasalahan JBPM yang telah sekian lama terpinggir tanpa pembelaan sewajarnya sebagai suatu penghormatan. Kepercayaan yang diberikan juga antara lain diasaskan kepada pemerhatian pihak JBPM yang melihat MP PAS, terutamanya YB Zailah yang berulangkali membawa isu kebajikan anggota JBPM sebelum ini. Ini juga secara tidak langsung menjadi indikator bahawa PAS semakin menjadi pilihan. Saya yakin dan percaya, sekiranya kita berjaya memainkan peranan yang berkesan, impaknya amat besar.

5. Akhirnya, sekalung tahniah kepada semua. Usaha yang amat baik! 

Fairuz Idris
Pengerusi Muslimat Legal Team (MUSLET)
Dewan Muslimat PAS Malaysia
2 Januari 2019