Home Berita PAS Selangor

Selamat hari raya korban – PAS Kawasan Kota Raja

6
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA | Sumbangan Pek Kecemasan Pusat Khidmat PAS Kawasan Kota Raja yang telah berjaya diserahkan adalah sebanyak hampir 100 unit melalui kaedah ‘pandu lalu’ serta mengikut SOP yang ditetapkan.

Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamed Diah Baharun selaku YDP PAS Kawasan Kota Raja bersama Tuan Haji Razep Maslan, NYDP PAS Kawasan Kota Raja.

PAS Kawasan Kota Raja mengharapkan agar sumbangan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada penerima dalam menyambut perayaan Aidiladha pada tahun ini. Semoga Allah permudahkan urusan semua dan memberi sebaik-baik ganjaran kepada penyumbang program ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor