Home Berita PAS Selangor

Pilu di Aidiladha – PAS Kawasan Klang

22
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG | Di kala orang lain sedang membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha 1442H dalam norma baharu. Suasana berbeza bagi Mohd Rizal Bin Musa, 35, dan seluruh keluarganya kerana rumah mereka telah hangus dijilat api hanya dalam masa lebih kurang 15 minit.

Kejadian yang berlaku di Batu Belah, Klang ini masih belum diketahui puncanya kerana kebakaran terjadi pada jam 1.00 pagi. Anggaran kerugian sekitar RM150 ribu yang melibatkan sebuah rumah dan sebuah kereta.

Bapa saudara kepada Mohd Rizal yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya, terkejut dengan kebakaran itu dan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Mohd Rizal yang bekerja di bahagian penyelengaraan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) buat sementara ini dia dan keluarga tumpang berteduh di rumah kakaknya yang juga berada di Batu Belah.

Justeru, Khidmat Malaysia Klang yang diketuai oleh Ustaz Khalid Nayan dan beberapa NGO telah tampil bertemu Mohd Rizal untuk memberi sumbangan yang berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian.

Menurut saudara Izam Awalluddin Pengerusi Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), bantuan susulan pihak kami akan sampaikan kepada Mohd Rizal dalam masa yang terdekat ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor