Home Berita PAS Selangor

Bantuan buat sebuah keluarga India yang terjejas – PAS Kawasan Kuala Selangor

9
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

JERAM | Pengarah JPRD Jeram, Hj Mohamad bersama Timbalan Pengarah 1, En Azwari telah mengunjungi satu keluarga India di Laman Haris, Eco Grandeur, Puncak Alam kerana mendapat pesanan di ‘Messenger’ yang mana keluarga ini memerlukan bantuan.

Menurut laporan, permohonan bantuan ini dibuat oleh anak perempuan kepada keluarga ini yang masih belajar, beliau mengatakan bahawa mereka terjejas pendapatan sejak perlaksanaan PKPD selain ayahnya diberhentikan kerja oleh majikan kerana sudah tua, ibunya juga tidak boleh bekerja kerana menghadapi masalah telinga berdarah sekiranya membuat kerja berat.

Pengarah JPRD Jeram, Hj Mohamad telah menyampaikan sumbangan beras bersama barangan dapur kepada keluarga ini seterusnya menyarakan agar keluarga ini memohon bantuan yang telah ditawarkan oleh kerajaan untuk mereka yang susah dan terjejas pendapatan.

Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan PAS DUN Jeram agar dapat kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-

Bank : Maybank Berhad
No. akaun : 5628-4352-0969
Akuan : PAS CAWANGAN FASA 2
Hubungi wakil PAS DUN Jeram ditalian :
012-3000949 (Tn. Hj Mohamad Ismail)

Semoga segala usaha kita sehingga hari ini membuahkan hasil dan diiringi dengan doa daripada mereka yang mendapat manfaat daripada sumbangan yang kita berikan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor