Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2018

1020
SHARE

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2018

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)” [ Surah Al-Jumu’ah : 10 ]

1. 1 Mei setiap tahun diraikan sebagai cuti umum oleh seluruh Malaysia sebagai Hari Pekerja atau Hari Buruh, tidak kira sama ada sektor swasta mahupun sektor kerajaan.

2. Kami Muslimat PAS mengucapkan Selamat Hari Pekerja buat seluruh pekerja dalam apa jua bidang pekerjaan yang dilakukan. Sesungguhnya tanpa kalian, pasti negara kita menghadapi masalah kerana tiada siapa yang akan melaksanakan segala urusan kerja bagi melengkapi sebuah polisi dalam negara.

3. Di kesempatan ini, kami Muslimat PAS sekali lagi ingn menegaskan bahawa kami Parti Islam Se-Malaysia, PAS beriltizam untuk menjaga kebajikan seluruh kelompok masyarakat termasuk penjawat awam dan pekerja swasta.

4. Terdapat 11 tawaran khusus untuk penjawat awam antaranya; memperkenalkan cuti khas untuk menjaga ibu bapa yang sakit kronik, cuti bersalin tiga bulan, mengharmonikan penempatan kerja suami-isteri, menetapkan skim bonus kekal dua kali setahun, mewujudkan jawatan pembantu guru, menstruktur semula cukai pendapatan ke arah patuh syariah, penstrukturan semula bidang kuasa, beban tugas kakitangan dan agensi kerajaan, tabung biasiswa berjumlah RM 250 juta untuk latihan dan belajar sambil bekerja kepada anggota beruniform, memperkasa sistem kebajikan doktor dan kakitangan perubatan, menanggung kos asas perubatan bagi kes kecemasan dan kritikal di Pusat Kesihatan swasta, melanjutkan tempoh waktu perkhidmatan untuk Klinik dan Pusat Kesihatan Awam.

5. 4 tawaran buat pekerja swasta iaitu; menggalakkan waktu kerja yang fleksibel khusus kepada wanita, skim bantuan kerajaan bagi pencarum KWSP yang mempunyai caruman kurang RM 100 ribu semasa bersara, potongan cukai pendapatan untuk pembelian rumah bawah RM 400 ribu, dan menstruktur semula cukai pendapatan ke arah patuh syariah.

6. Kami Muslimat PAS sangat menghargai setiap pekerja dalam apa jua bidang kerjaya, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua atas segala jasa dan pengorbanan serta komitmen kalian. Hanya Allah yang berhak membalasnya. 

Selamat Hari Pekerja

“Membina Malaysia Sejahtera”

Nuridah Mohd Salleh

Ketua

Dewan Muslimat PAS Malaysia

1 Mei 2018 bersamaan 15 Syaaban 1439