Home Berita PAS Wilayah

PAS Semakin Disenangi Rakyat

680
SHARE

BATU, 30 APRIL – Ustaz Azhar Yahya, calon PAS bagi Parlimen Batu meluangkan masa mengunjungi penduduk sekitar Sentul Boulevard, pagi ini. Beliau mengambil peluang beramah mesra sambil bersarapan dengan masyarakat setempat yang ada di situ.

Kehadiran Ustaz Azhar Yahya disambut ceria oleh kira – kira 20 orang yang sedang bersarapan di restoran – restoran di situ. Rata – rata memberikan respon positif kepada beliau yang merupakan calon Melayu tunggal bagi Parlimen Batu.

Ada juga yang menzahirkan keterujaan untuk mengundi calon – calon PAS serta memuji kesantunan Ustaz Azhar Yahya semasa berinteraksi dengan masyarakat. Beberapa orang penduduk di situ turut meminta izin untuk bergambar dengan beliau sebagai kenang-kenangan.

Sebelum mengakhiri sesi tersebut, Ustaz Azhar Yahya sempat mengingatkan para penduduk agar memberikan sokongan dan undi kepada PAS pada PRU ke 14 nanti.