Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Hari Malaysia

1185
SHARE

Selamat Hari Malaysia ??

16 September , Hari Malaysia. Bersempena Hari Malaysia pada tahun ini dapat kita saksikan Himpunan Penyatuan Ummah antara dua parti terbesar di Malaysia.

Himpunan ini memberi impak dan makna yang lebih besar kepada Malaysia dan rakyatnya apabila sebuah piagam yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional berjaya dimaterai.

Muafakat Nasional yang dibentuk ini adalah diharapkan dapat membawa agenda penyatuan ummah untuk membina Malaysia yang sejahtera sesuai dengan kehendak Islam.

“Kita bersatu untuk Islam dan Malaysia, walaupun berbeza wadah dan pembawakan.Menafaatkan segala persamaan dan usah perbesarkan perbezaan.Kebersamaan perlulah diambil kira dalam setiap tindakan bagi menguntungkan Islam dan Negara ini.

“Islam mengajar kita, ada masa untuk berbalah, bukannya berbalah sepanjang masa dan jangan melampaui batas apabila berbalah. Sekarang perbalahan sudah rapat ke dinding yang disekat oleh sempadan Islam yang menyatukan kita”,kata Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS.

Bersempana Hari Malaysia 2019, bersama kita mendoakan kesejahteraan dan penyatuan dalam menjadikan Malaysia negara yang sejahtera mengikut prinsip Islam.

Selamat Hari Malaysia, Malaysiaku. ??

‘Islam Memimpin Perpaduan’

‘Islam Memimpin, Wanita Sejahtera’

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 Muharram 1441
16 September 2019