Home Artikel PAS Sabah

Covid-19: PAS Tawau terus komited membantu mereka yang terjejas

685
SHARE

OLEH : ANNA TAN

  6 APRIL 2020

TAWAU: PAS Kawasan terus komited mengagihkan bantuan berupa makanan asas kepada orang ramai sekitar Parlimen Tawau.

Kira-kira 270 keluarga yang  terjejas sumber pendapatan berikutan penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menerima  agihan tersebut.

Pengagihan bermula jam 10.00 pagi hingga pukul 5.00 petang tersebut bermula pada 22 Mac hingga kelmarin dan dihantar ke rumah penerima.

Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau yang juga AJK PAS Pusat, Mohamad Husain berkata, bantuan tersebut adalah hasil sumbangan para dermawan daripada petugas parti serta sumbangan orang ramai.

” PAS Tawau akan sentiasa cuba membantu mereka yang terkesan akibat penularan wabak ini dan PKP mengikut keperluan dan situasi PKP dan jumlah dana yang terkumpul.

” Para penerima bantuan pula adalah terdiri daripada pelbagai golongan dan lapisan seperti fakir miskin, penjaja , para pemandu  lori dan bas, golongan bukan warganegara  serta pelajar-pelajar  yang terkandas.

“Kami juga mengikuti segala prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta mendapat surat kebenaran daripada pihak polis.

” Kami terus berazam untuk mengagihkan lebih banyak bantuan kepada orang ramai dan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan”,  ujarnya  sebentar tadi.

Turut serta menghantar agihan tersebut adalah Timbalan Yang Di Pertua PAS Tawau, Cikgu Mohd Nasir Ali serta beberapa AJK .