Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Hari Jururawat Sedunia

236
SHARE

Selamat Hari Jururawat Sedunia

Jururawat adalah antara kerjaya mulia yang memerlukan individu itu bukan hanya bekerja malah perlu mencurahkan kasih sayang, berkongsi suka dan duka serta sanggup berkorban masa selain tenaga dalam membantu memberikan kesembuhan kepada pesakit.

Lebih-lebih lagi dalam musim pandemik Covid-19 ini, pengorbanan mental dan fizikal benar-benar mencabar ketahanan para jururawat hingga mendapat perhatian dan belas kasihan rakyat negara ini.

Ada yang terpaksa bekerja lebih 12 jam, ada yang terpaksa berjauhan dari anak-anak berminggu-minggu, ada yang pitam kerana keletihan dan banyak lagi pengorbanan lain.

Justeru, Dewan Muslimat PAS Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepada para jururawat negara ini atas segala pengorbanan dan penat lelah kalian.

Terima kasih atas segalanya dan semoga Allah SWT mengganjari kalian dengan ganjaran yang selayaknya. Amin.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah Hajah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
19 Ramadhan 1441H
12 Mei 2020