Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Hari Jururawat

1045
SHARE

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga  ” [ Surah Al Israa’ : 7 ]

1. 12 Mei disambut seluruh dunia sebagai Hari Jururawat Antarabangsa.

2. Muslimat PAS tidak lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada seluruh Jururawat di Malaysia sama ada yang bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta.

3. Kepada semua Jururawat yang bertugas, ingatlah bahawa jasa dan bakti kalian bukan sekadar menyenangkan pesakit dan doktor di hospital, malah ianya akan menjadi saham kalian di akhirat kelak jika tugasan itu dilakukan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.

4. Sudah pasti setiap pekerjaan ada ujian yang perlu dihadapi, kalian harus sentiasa beriltizam untuk memberikan komitmen sehabis baik dalam melaksanakan tugasan ini.

5. Semoga segala kerja buat kalian, serta pengorbanan yang tidak terhingga dinilai oleh Allah S.W.T sebagai amal soleh dan menjadi saksi kalian di akhirat sana in sha Allah.

Selamat Hari Jururawat

Nuridah Mohd. Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
12 Mei 2018 bersamaan 26 Syaaban 1439