Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

PRU14 : Terima Kasih Petugas dan Pengundi PAS di Negeri Sembilan

520 views
SHARE

PILIHANRAYA UMUM KE-14 :
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PETUGAS DAN PENGUNDI PAS NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum WBT.

Buat semua petugas dan pengundi yang dikasihi Allah swt sekalian.

Keputusan Pilihanraya ke 14 telah sama-sama kita ketahui. Semoga kita tidak terlalu kecewa dengan keputusan itu. Tuan Guru Presiden telah berpesan agar kita menerima segala keputusan kerana ianya adalah sebahagian daripada rukun iman yang mewajibkan kita mempercayai baik dan buruk sesuatu peristiwa itu.

Mewakili Badan Perhubungan PAS N.Sembilan, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala usaha dan penat lelah yang tuan-tuan curahkan bagi menjana kemenangan Islam di N.Sembilan.

Dan tidak dilupakan jutaan terima kasih buat pengundi yang memberikan kepercayaan kepada PAS untuk mentadbir negara ini khususnya di N. Sembilan ini.

Timb. Presiden pernah menyebut:
“Kalau kita berkerja hanya untuk pilihanraya, kita tentu kecewa. Namun jika kita bekerja untuk Islam, maka Allah tidak akan mengecewakan kita”.

Teruskan gerak kerja untuk mempastikan kemenangan Islam dapat diraih dengan redho Allah swt. Teruskan Perjuangan Kepada Semua Petugas.

“Istiqomah Hingga Kemenangan”

MUSTAFFA BIN DAHARUN
Pesuruhjaya PAS N.Sembilan