Home Artikel PAS Melaka

Selamat Hari Guru Dari Badan Perhubungan PAS Melaka

168
SHARE

السلام عليكم

Salam sejahtera

Sempena sambutan ‘Hari Guru’ tahun ini, saya mewakili kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mengambil kesempatan ruang yang ada ini untuk sama-sama merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua guru di negara tercinta ini.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian sungguh besar dan amat bermakna dalam mendidik anak bangsa yang merdeka. Negara terhutang budi dengan kalian semua di atas jasa bakti yang tidak terhingga.

Merentas desa dan belantara di pelosok negara semata-mata ingin membina generasi yang tiada berkesudahan. Tepat sekali tema tahun ini “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BARU”.

Selamat Hari Guru!

Sekian, terima kasih

USTAZ KAMARUDDIN SIDEK
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)