Home Berita PAS Selangor

Selamat hari guru buat Murabbi Ummah – BPPN Selangor

44
SHARE

May be an image of 3 people and text that says "PISSEANGOR @ AHLI-AHLI PAS NEGERI SELANGOR Mengucapkan Selamat Hari Guru Buat MURABBI UMMAH YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) daripada: BADAN PERHUBUNGAN PAS SELANGOR LAJNAH PENERANGAN & MEDIA BARU Perhubungan PAS Negeri Selangor #Demislam #IslamMemperkukuhPerpaduan #PASSelangor #BersamaMembawaSejahtera"

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Seluruh ahli PAS Negeri Selangor merakamkan penghargaan dan mengucapkan Selamat Hari Guru buat Murabbi Ummah YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan guru dan murabbi buat semua.

Ahli-ahli PAS yang berintima’ dengan perjuangan pastinya tiada seorang pun yang tidak melalui proses tarbiyah dan didikan dari Tuan Guru. Samada secara langsung atau tidak. Bahkan termasuk rakyat Malaysia secara keseluruhan dan dunia amnya. Segala ilmu yang dicurahkan, amali dan akhlak yang terzahir, penulisan serta ceramah dan kuliah Jumaat mingguan, pandangan, prinsip dan hala tuju kesemuanya demi mengilmukan masyarakat dan memartabatkan Islam.

Semoga Allah SWT merahmati Tuan Guru, memberikan kesihatan yang baik, kekuatan yang berterusan bagi terus mendidik, mentarbiyah dan memimpin Ummah di masa hadapan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor