Home Artikel PAS Wilayah

Muslimat PAS Wangsa Maju bantu golongan wanita menerusi PENJANA

31
SHARE

WANGSA MAJU, 17 Mei – Sempena hari raya Aidilfitri yang sedang dirayakan umat Islam, Muslimat PAS Wangsa Maju meneruskan aktiviti mendekati golongan wanita yang memerlukan.

“Kita kenalpasti antara mereka yang fakir miskin, ibu tunggal dan lain-lain, dan kita sampaikan kit-kit sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai,” ujar YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika menyampaikan 150 pek barang dapur kepada penerima di PASTI As-Siddiqin, Taman Setapak Indah dekat sini awal pagi hari ini.

Beliau yang juga Penyelaras Parlimen Wangsa Maju berkata, tujuan utama program-program kebajikan ini diadakan ialah bagi membantu umat Islam yang kurang bernasib baik menikmati juadah Aidilfitri di samping membantu meringankan beban mereka.

Tambahnya lagi, pihaknya juga memberi peluang kepada orang ramai menyumbang wang ringgit bagi menjayakan program-program berkenaan sekaligus meraih pahala sedekah di bulan syawal yang mulia.

Beliau menyeru orang ramai menyumbang ke akaun Bank Islam PAS Kawasan Wangsa Maju, 14032010019554 atau CIMB 8600101785 bagi menjayakan program-program kebajikan lain yang sedang dirancang oleh pihaknya.