SELAMAT HARI BOMBA!
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan Selamat Hari Bomba 2019 kepada semua warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat di seluruh negara atas segala jasa bakti dan pengorbanan yang telah diberikan.
Memilih kerjaya bomba sebagai sebuah profesion merupakan satu perkara yang amat mulia. Mereka merisikokan diri sendiri untuk menyelamatkan dan memberi perlindungan kepada orang lain. Mereka juga bertarung nyawa meredah api, air, binatang berbisa dan pelbagai bentuk bahaya yang lain bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia.
Walaupun tugas dan kerja mereka berada di belakang tabir dan kadangkala tidak di papar di media arus perdana, namun merekalah hero sebenar kita. Tugasan mulia ini hakikatnya dinilai Allah dan pasti akan diganjarkan dengan sebaik-baik balasan.
لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ
“Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik.” (An-Nahl : 30)
Semoga semua warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terus komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan ikhlas dan amanah.
SELAMAT HARI BOMBA !
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
29 Syaaban 1440H
4 Mei 2019
#selamatharibomba