Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan segunung penghargaan kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Di kesempatan ini saya berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga JBP Malaysia atas komitmen dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas demi kesejahteraan masyarakat setempat.
Semoga semua anggota terus-menerus berkhidmat dengan penuh rasa bertanggungjawab serta ikhlas dalam melaksanakan tugas.
Akhir sekali semoga kerja buat kalian semua dinilai Allah dengan ganjaran yang sebaiknya kelak. Biarpun kalian tidak terkenal di muka dunia. Tetapi yakin dan pasti kalian terkenal di kalangan penduduk langit jika segalanya dilaksanakan ikhlas kerana-Nya.
SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA
“BOMBA TONGGAK PENYELAMAT NEGARA”
Ustazah Nuridah Mohd. Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
{jathumbnail off}