Home Naib Presiden 1

Kebenaran kawan PAS, Kebatilan musuh PAS

6,523 views
SHARE

PAS bantah GST, TPPA, PPSMI, DLP, 1MDB, SOSMA, RUU 164 walau pun daripada kerajaan. PAS Sokong RUU 355 dan RUU kesalahan jenayah seksual kanak-kanak walau pun kerajaan yang bawa. PAS tdk menyokong secara membuta tuli dan membangkang membuta tuli. Islam panduan PAS. Ini pendirian PAS , jelas dan terang. Kebenaran kawan PAS, kebatilan musuh PAS walau pun siapa yang bawa.

PAS adalah PAS. Tidak perlulah hdk lebel PAS dgn macam- macam jenama apabila tidak ikut telunjuk mereka. Makan dedak, penasihat bergaji, UG, candu wala’, terbaru pula sesat politik. PAS tdk pernah paksa org lain. PAS hanya terang apa yang Islam perintah.Terima alhamdulillah, tolak pun alhamdulillah. Kami pendokong PAS yakin apa yang PAS pejuang akan diterima satu hari nanti.

Cuma cepat atau lambat sahaja. Orang yang sabar sahaja boleh bersama dengan PAS. Golongan musta’jilun (gelojoh) tidak boleh bersama PAS. Kerana PAS tidak mempunyai lampu ajaib. PAS hanya menceritakan Islam. Perjuangan PAS ada kaitan mati dan selepas mati. Orang lain hendak cerita fasal lain, ini urusan mereka. PAS yakin masa depan dunia sejahtera bersama Islam.

Ust Idris Hj Ahmad
3/5/17 Rabu.

{jathumbnail off}