Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Bertugas, YAB Menteri Besar Kedah!

442
SHARE

Selamat Bertugas, YAB Menteri Besar Kedah!

Alor Setar – Rombongan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) yang diketuai oleh YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YAB Menteri Besar Kedah, Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor di Wisma Darul Aman.

Kunjungan Hormat telah dimulai dengan ucapan daripada Ketua DMPM khusus buat YAB Menteri Besar Kedah yang telah bertugas selama 48 hari.

“Semasa Ustaz Azizan jadi Menteri Besar Kedah dahulu, Kak Nuri jumpa Ustaz sendiri untuk ucapkan Tahniah, Kak Nuri sebut;

Ustaz, saya harap dunia ni hanyalah di tangan bukan di hati”, dalam nada sebak.

Hal yang sama juga turut menjadi peringatan dan nasihat khusus buat YAB MB Kedah yang baharu agar dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab memimpin negeri sebaiknya.

Ustazah turut menyatakan harapan agar negeri Kedah dapat menjadi pelopor dan membangunkan sektor pertanian yang suatu masa nanti akan menjadi sumber makanan terpenting sekiranya ekonomi dunia terjejas.

Selain berharap agar Kedah juga akan dijadikan negeri contoh pentadbiran Islam selain Kelantan dan Terengganu dengan merealisasikan slogan, “Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua”.