Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Pemilihan Kepimpinan PAS Negeri berteraskan musyawarah dan kesatuan fikrah

731
SHARE

Pemilihan Kepimpinan PAS Negeri Sembilan berteraskan musyawarah dan kesatuan fikrah

Assalamualaukum wbt, Alhamdulillah. Pelantikan secara rasmi jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri sudahpun dilaksanakan dengan penyerahan watikah jawatan kepada semua Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pada 10 Julai di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Pelantikan ini merupakan satu amanah besar yang perlu diterima dengan penuh kesyukuran serta doa semoga Allah mengurniakan kekuatan rohani dan jasmani serta hidayah dan bimbingan berterusan. la merupakan titik tolak yang perlu diikuti dengan langkah-Iangkah terancang, terkawal dan bijaksana berlandaskan prinsip dan pegangan PAS yang ditunjangi aI-Quran dan Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias dalam menyuburkan komponen Siasah, Dakwah dan Tarbiah dalam PAS

Pembentukan barisan pengurusan di peringkat Badan Perhubungan PAS Negeri perlu dilaksanakan secara berhemah dan teliti. Pelantikan barisan pimpinan yang akan mengetuai jabatan-jabatan utama pengurusan parti perlu dilakukan secara teliti. Justeru, pandangan dan perkiraan pimpinan kawasan dan sayap-sayap parti akan diambil kira dalam memastikan kabinet yang dibentuk dapat berfungsi dengan berkesan.

Pastinya sukar untuk memenuhi kehendak dan hasrat semua pihak, namun semangat musyawarah dan kesatuan fikrah demi kepentingan matlamat parti, akan menjadi faktor penyatu ke arah memenangkan Islam.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

Cikgu Haji Rafiei Mustapha,
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.
12 Julai 2019