Home Berita PAS Kedah

Sekumpulan gajah di Kampung Landai

52
SHARE

 

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

SIK – Penduduk Kampung Landai di kejutkan dengan kehadiran sekumpulan gajah beberapa hari yang lalu.

Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman turun menziarahi Pak Su Ahmad yang mana persekitaran rumah beliaulah di terjah oleh enam ekor gajah itu.

Menurut cerita dari Pak Su Ahmad, sekumpulan gajah tersebut telah merosakkan dan memakan pokok pisang dan pokok kelapa di sekitar rumahnya.

“Alhamdulillah,gajah-gajah itu telah kembali ke habitat asalnya di dalam simpanan Ulu Muda beberapa hari lepas”, ujarnya.

Pihak berkuasa Jabatan Perhilitan Sik telah berusaha dan membuat pemantauan sekerapnya bagi memastikan sekumpulan gajah tersebut tidak menganggu penduduk kampung sekitar ini.

YB berkata,moga penduduk Kampung Landai dan sekitarnya berada dalam keadaan aman di jauhkan dari gangguan gajah-gajah itu.

Turut sama hadir bersama Pengerusi JPKK Kampung Landai ialah abang Hassan.