Home Berita PAS Pusat

Sekretariat OKU Prihatin Cakna Kebajikan OKU Seluruh Malaysia

1364
SHARE

Sekretariat OKU Prihatin telah lama ditubuhkan dalam organisasi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

Mewakili suara OKU seluruh Malaysia termasuklah;
– Kurang Upaya Pendengaran
– Kurang Upaya Penglihatan
– Kurang Upaya Pertuturan
– Kurang Upaya Fizikal
– Kurang Upaya Mental
– Masalah Pembelajaran

Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU, Tuan Mohammad Faizal Che Yusof sangat komited dalam melaksanakan Misi Prihatin OKU dibantu oleh seluruh Ahli Jawatankuasa nya yang rata-ratanya juga dari kalangan OKU.

Justeru pihak kami sangat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak dalam menjalankan misi ini agar setiap daripada kita dapat merasai dan berkongsi kesusahan yang dialami oleh saudara kita.

Terbaru, Tuan Faizal akan menziarahi sebuah keluarga OKU di Muadzam yang sangat perlu diberi sokongan oleh pihak berkuasa;

Si isteri yang buta matanya sejak 4 tahun lalu kini berusia pertengahan 60-an. Si suami yang menjadi peneman kini berusia lewat 70-an hanyalah melakukan kerja-kerja kampung termasuklah menjaja hasil dari hutan.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun;
Bank Islam ‘Badan Amal Kami Prihatin’
1211 3010 03 8983
Hubungi Saudara Faizal 012-9376539