Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pesuruhjaya PAS Perak selaku juga ADUN Gunong Semanggol, YB Haji Razman Zakaria dan Setiausaha Perhubungan PAS Perak yang juga ADUN Selama, YB Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin yang telah menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah pada hari ini.
Semoga kedua-dua pimpinan PAS Perak dirahmati Allah S.W.T dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin, berkhidmat kepada seluruh rakyat Perak, InsyaAllah.
“BERAMAL KERANA ALLAH”
“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”
“PERAK SEJAHTERA”
Sekian, terima kasih.
Tuan Abdul Karim bin Abdul Rasid
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak