Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sekalung Penghargaan Buat Semua Yang ‘Awesome’!

663
SHARE

Sekalung Penghargaan Buat Semua Yang ‘Awesome’!

Alhamdulillah, puji dan syukur buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Tirai Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Muktamar PAS Pusat melabuhkan tirainya.

Ucapan terima kasih tak terhingga kepada
saff tuan rumah Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dan Dewan Muslimat PAS Kawasan-Kawasan, dan semua agensi yang terlibat dalam menjayakan muktamar kali ke 58 ini.

Tahniah dan syabas buat seluruh ahli jawatankuasa pelaksana Muktamar DMPM dan pasukan Muslimat Berselawat, kalian memang ‘awesome’. Uhibbukum fillah untuk semua, semoga segala penat lelah, pengorbanan kita semua Allah berikan ganjaran dan saham kelak.

Muktamar kali ini juga tidak lengkap dengan penyumbang dari segi bentuk wang, cenderahati, barang dan sebagainya bagi melengkapkan kekurangan dari segala aspek. Terima kasih untuk sumbangan dan tajaan semua yang terlibat. “Terima kasih daun keladi, ‘next time’ bagi lah sumbangan lagi.”

Akhir kalam, kepada semua yang telah terlibat dari sekecil tugasan, hingga sebesar tugasan dan bantuan anda, kami DMPM mengucapkan jazakallahu khairan kasiran dan mohon maaf atas segala kekurangan daripada pihak pelaksana. Insyaallah bertemu lagi di muktamar tahun hadapan, kita berkampung di negeri Pahang Darul Makmur.

Sirru ala barakatillah! Selamat meneruskan misi dan agenda kalian, terus melangkah dalam memantapkan gerak kerja dan jadilah ‘puzzle’ yang saling lengkap melengkapi agar segala yang berat menjadi ringan, agar yang susah menjadi mudah dan teruskan berdoa agar Allah pelihara jemaah Islam dan pandu kita dengan cahaya petunjuk Al Quran wa as sunnah.

“Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan”

Dr Nurul Hani Ali
Setiausaha/ Pengarah Muktamar
Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke 58
17 September 2018 bersamaan 7 Muharram 1440H.

#muktamarDMPM #muktamar
#visitbeautifulterengganu #M58
#MuktamarDewanMuslimatPASMalaysia