Home Berita PAS Kedah

Sebuah keluarga hilang tempat berteduh

122
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM – Sebuah keluarga di Kampung Kubang Sepat hilang tempat berteduh dalam kejadian kebakaran, baru-baru ini.

Kemusnahan teruk berlaku apabila hampir 80% barangan di dalam rumah hangus dijilat api.

Menurut Puan Zulaiha, kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang, ketika penghuni rumah tiada di rumah.

Menurutnya punca kebakaran berlaku adalah disebabkan kejadian litar pintas.

 

ADUN Ayer Hitam, YB Cikgu Azhar Ibrahim bersama Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Ayer Hitam(PKWR), Abdul Hadi Omar menyampaikan sedikit sumbangan tanda ingat kepada keluarga mangsa.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun turut rasa kebersamaan merasai kesedihan ini dengan sedikit sumbangan kepada mangsa.