Home Artikel PAS Sarawak

Sarawak Dilanda Banjir, Bantuan Diperlukan

85 views
SHARE

Oleh: LAILA MAMAT

KUCHING: Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak sedang menggerakkan usaha untuk menghulurkan bantuan berikutan banjir yang sedang melanda Bumi Kenyalang ketika ini.

Dalam perkembangan semasa, sekitar 5,000 penduduk menjadi mangsa banjir yang melanda Limbang, Bintulu, Tatau, Sibu, Selangau, Sri Aman, Serian, Kota Samarahan dan beberapa kawasan lain.

Keadaan dilaporkan kritikal terutama di pedalaman yang bukan sahaja terputus hubungan darat, bahkan banyak pekan lumpuh menyebabkan hubungan antara daerah juga tidak dapat dijalinkan.

Sehubungan itu, Muslimat PAS Sarawak memohon
orang ramai untuk turut serta membantu mereka memenuhi keperluan mangsa banjir menerusi Tabung Bencana Banjir akaun Bank Islam 1101 3010 0735 31.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Hafiza di talian 019-284 1071 atau Suhana 019-262 5848.