Home Artikel PAS Perak

Pelancaran Assabiqun PAS Bukit Gantang

164 views
SHARE

Oleh : Ez

BUKIT GANTANG: PAS Bukit Gantang melancarkan sayap baru parti itu iaitu Assabiqun bagi menghargai golongan veteran PAS yang berumur 55 tahun ke atas supaya tidak terpinggir dengan perjuangan PAS pada 28 Januari yang lalu.

YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata kehadiran golongan terbabit amat diperlukan bagi mencapai hasrat tersebut.

“Sumbangan orang-orang lama amat dihargai dan bagi saya, mereka ibarat ayah yang diperlukan untuk memberi tunjuk ajar kepada generasi sekarang.

“Dan dengan tertubuhnya sayap parti baharu dari kalangan orang-orang lama sedikit sebanyak dapat mendekatkan semula mereka dengan perjuangan parti,” katanya pada majlis Pelancaran Assabiqun Peringkat Kawasan Bukit Gantang, di Markaz Tarbiyyah PAS Bukit Cempedak , di sini pada 28 Januari yang lalu.

Apa yang menariknya Bukit Gantang menjadi kawasan yang pertama melancarkan Assabiqun Negeri Perak dan kawasan kedua dalam Malaysia selepas Kuala Lipis ,Pahang.

Sementara itu , Pengerusi Assabiqun PAS Pusat , Haji Subky Latiff yang hadir merasmikan pelancaran ini berkata , penubuhan Assabiqun adalah satu penghargaan kepada golongan veteran dalam PAS agar dapat bersama-sama berjuang dalam PAS.

“ Saya berharap orang muda di dalam pimpinan kawasan dan cawangan dapat bersama-sama menggembleng usaha membantu memulihkan golongan Assabiqun agar mereka dapat memberi perkhidmatan sokongan untuk perjuangan PAS amnya .” katanya sebelum mengakhiri ucapan.

Hadir sama Pengerusi Assabiqun PAS Bukit Gantang , Haji Md Zin B. Hj Ahmad dan pimpinan PAS Bukit Gantang.