Home Artikel PAS Melaka

Sarapan pagi merdeka PAS Masjid Tanah di Dun Tanjung Bidara pula

339
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 8 September : PAS Kawasan Masjid Tanah (PKMT) hari ini meneruskan program sarapan pagi merdeka dengan kali ini program bertempat di warung Anuar Ahmad, berhampiran Rumah Awam Jeram di dalam DUN Tanjung Bidara di sini pagi tadi.

Program di Dun Tanjung Bidara ini merupakan lanjutan dari siri program Sarapan Pagi Merdeka anjuran PAS Kawasan Masjid Tanah dengan kerjasama Jabatan-jabatan Pilihanraya Dun (JPrD) di dalam kawasan Masjid Tanah.

Seramai lebih 20 orang aktivis PAS tempatan menjayakan program santai bersama rakyat ini yang dibuat sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar Sambutan Bulan Kemerdekaan PAS Kawasan Masjid Tanah.

Antara pimpinan yang hadir di dalam program ini ialah Yang Dipertua (YDP) PKMT, Ustaz Imran Abdul Rahman, Timbalan YDP PKMT, Asri Shaik Abdul Aziz, Naib YDP PKMT, Arshad Mat Som, Setiausaha PKMT, Jamaruddin Ahmad dan Pengarah JPrD PAS Tanjung Bidara, Rohizan Abdul Rahman.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)