Home Berita PAS Melaka

Sarapan pagi merdeka PAS Masjid Tanah di DUN Kuala Linggi

568
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 8 September : PAS Kawasan Masjid Tanah (PKMT) bersama dengan Jabatan Pilihanraya DUN (JPrD) PAS Kuala Linggi telah menganjurkan program sarapan pagi merdeka di Dataran MARA Kuala Linggi di sini pagi semalam.

Selain itu turut diadakan program penyerahan bendera Jalur Gemilang oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman kepada pihak JPrD PAS Kuala Linggi.

Pengarah JPrD PAS Kuala Linggi, Ustaz Azmi Sambul telah menerima bendera tersebut bagi pihak JPrD.

Selain itu penganjur turut mengedarkan pelekat Muafakat Nasional kepada orang ramai di sekitar lokasi program.

Turut hadir menyertai program ini ialah Naib Yang Dipertua PKMT, Arshad Md Som, bekas Adun Kuala Linggi yang kini Penasihat JPrD PAS Kuala Linggi, Datuk Abdul Rahman Palit, Ketua Cawangan UMNO Permatang Indah, Rokiman Serom dan Ketua Cawangan UMNO Tanjung Dahan, Hasni Yang Ghazali.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)