Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
PADANG TERAP – Ketua Dewan Muslimat PAS Padang Terap merangkap Ahli Majlis Daerah Padang Terap, Puan Sariah Salam telah turun menyantuni warga emas dan muslimat yang tinggal di Pondok Ahmadiyah, Kampung Padang Nyior setelah selesai program sumbangan awal Ramadhan oleh ADUN Kuala Nerang baru-baru ini.
Menurutnya,beliau turut sama bantu memasak kerisik yang sedang di lakukan oleh warga muslimat pondok tersebut sambil menyantuni mereka dengan menggunakan dapur kayu.Tradisi menggunakan dapur kayu api masih lagi di gunakan oleh setengah penduduk kampung dan pondok-pondok agama.
Menurut muslimat dan warga pondok, kerisik yang di buat itu bagi memudahkan persediaan memasak untuk masakan mereka sepanjang bulan Ramadhan ini terutamanya bila hendak membuat kerabu yang memerlukan bahan utamanya ialah kerisik.
Sariah Salam atau panggilan mesranya kak Sariah atau maklang Sariah juga seorang yang mudah mesra bila bersama masyarakat setempat dan di mana berada.