Home Berita PAS Johor

Santuni Rakyat Tanpa Bermusim : Izinkan Kami Terus Berbakti*

470
SHARE

 

Felda Medoi,Segamat, 12 Julai 2017- Program Johor Sejahtera telah berlangsung meriah sempena Program Cakna Medoi & Cakna Felda Pemanis pada 17 Jun 2017 yang lalu. Program Johor Sejahtera adalah anjuran PAS Johor bersama  Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis dengan kerjasama Skuad Cikgu Mala Prihatin telah diadakan dengan pelbagai acara yang meriah .

Antaranya adalah acara Pameran Pengguna Lestari, Khidmat Pemeriksaan Percuma, Semakan daftar pemilih, Jualan Amal Prihatin dan program Gunting Rambut Percuma serta Edaran Bubur Lambuk kepada masyarakat setempat khususnya di sekitar DUN Pemanis.

Selain itu, ziarah kebajikan sempena Program Sentuhan Kasih Ramadhan telah diadakan dari rumah ke rumah selain daripada upacara penyerahan agihan sumbangan yang telah diadakan di dalam balairaya Felda Medoi.

Kehadiran Pn.Normala Binti Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis merangkap Timbalan Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor menyantuni penduduk dan masyarakat setempat telah menggembirakan mereka yang diraikan terutama bagi penerima sumbangan di Felda Medoi dan Felda Pemanis serta penduduk di Kg.Tahang Rimau, Kg.Tungku Tiga , Kg.Sermin , Kg.Tengah, Kg.Jawa  dan beberapa lokasi lagi.

Sementara itu, turut hadir menyerikan majlis ialah Al-Fadhil Ustaz Abdullah Husin , ADUN Puteri Wangsa merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Johor , Saudara Rusman Kemin selaku Pengarah Program Johor Sejahtera . Program yang berlangsung bermula jam 10 pagi sehingga jam 12.30 tengahari turut menjemput wakil Suruhanjaya Pilihanraya untuk membuka  kaunter bagi semakan daftar pemilih dan pendaftaran pemilih baru kepada penduduk setempat.  Turut mencuri tumpuan adalah kehadiran YB Ustaz Abdullah Husin yang turut mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut percuma bagi memeriahkan majlis.

Selain itu ,kaunter Jualan Amal Prihatin turut memeriahkan program dengan jualan amal. Kaunter Jualan Amal Prihatin ini menyediakan barang -barang untuk keperluan di dapur dengan harga yang murah dari harga biasa dengan konsep membeli sambil beramal di samping menyantuni penduduk.

“Keprihatinan kami merentasi sempadan politik kepartian . Kami santuni penduduk dengan hasrat ingin berbakti tanpa bermusim. Kami optimis dan percaya ,keikhlasan yang dihulurkan tanda ingatan luhur dari hati kami , akan akan pasti dirasai  juga di hati insan yang ingin disantuni walaupun mungkin pada suatu hari nanti. Izinkan kami untuk terus berbakti kerana rakyat sentiasa di hati kami “katanya kepada Harakah  Jun lalu.

{jathumbnailoff}