Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Santai Mahabbah Feldawati Dekati Wanita Felda

167 views
SHARE

MENGERAT silaturrahim, begitulah fokus Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Bandar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dalam misinya menyantuni warga Felda.

Kali ini, dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Warisan Feldawati Malaysia (Feldawati), Pertubuhan Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM) dan Agrocare, Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Bandar DMPM telah menganjurkan program Santai Mahabbbah bersama Feldawati di Felda Besaout 2, Sungkai pada 22 Disember.

Program ini diadakan bertujuan untuk menghubungkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara Muslimat PAS dengan warga feldawati serta wanita–wanita lain umumnya.

Kira-kira 140 orang warga Felda dan 10 orang bukan Felda telah hadir mengikuti pengisian yang disusun.

Santai Mahabbah telah dirasmikan oleh Pengerusi Lajnah Tanah, Halimah Dahari atau lebih mesra dengan nama Mak Zan yang menegaskan Lajnah Tanah serta NGO Feldawati akan berusaha menganjurkan program-program yang boleh memberi kebaikan serta manafaat buat warga wanita felda khususnya dan juga generasi kedua umumnya.

“Kami juga berharap ramai generasi kedua yang akan bersama-sama kami dalam melakukan kebajikan, membela hak-hak warga feldawati yang sepatutnya menjadi hak kita”, tegas beliau semasa merasmikan majlis.

Pengisian program bermula dengan Kuliah Dhuha yang bertajuk “Zalzalah Dunia” disampaikan oleh Ketua DMPM, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dengan mengambil ibrah daripada peristiwa yang telah berlaku di Palu, Sulawesi.

“Kehidupan kita tidak lama 60 tahun ke 70 tahun sahaja Allah bagi pinjam. Maka kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada diri kita dan orang lain,

“Dan jangan kita berbuat jahat kerana, jika kita berbuat jahat, kejahatan itu akan mengakibatkan kepada orang lain juga”, pesan Ustazah Nuridah dalam kuliah beliau.

 

 

 

Program diteruskan dengan acara Sembang Santai yang melibatkan 2 panelis iaitu; Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar DMPM merangkap Pengerusi SPPM, Normala Sudirman dan Pengarah Ameerah Malaysia yang juga Bendahari Lajnah Tanah DMPM, Husna Hashim.

Program diakhiri dengan Demo Dapur Hijau yang disampaikan Hajah Khatijah Mustafa menerangkan cara-cara penanaman dan pejagaan serta produk-produk yang boleh dihasilkan dari pokok dan buah Mulberry. Beliau telah berjaya menanam dan mengeluarkan produk dari Mulberry seperti sos, jem dan teh.