Home Artikel PAS Wilayah

Program Back To School PAS Labuan Bantu 40 Penerima Bantuan Persekolahan

78 views
SHARE

Labuan, 25 Disember 2018 – Seramai 40 penerima bantuan sumbangan membeli barangan persekolahan sempena program Back To School anjuran PAS Kawasan Labuan. Program yang saban tahun diadakan itu dimulakan dengan ucapan aluan daripada Yang DiPertua PAS Kawasan Labuan, Tn Hj Hamir Zahari.

Hadir sama di dalam program ini adalah Tn Haji Hamir Zahari, YDP PAS Kawasan Labuan, Tn Haji Abdul Rahim Salleh, NYDP PAS Labuan, Saudara Zulafham Zulkifli, Setiausaha PAS Kawasan Labuan serta beberapa AJK Dewan Pemuda serta AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Labuan.

Antara objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak yang terdiri daripada keluarga yang kurang kemampuan, kurang upaya serta anak yatim untuk membeli barangan persekolahan sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan tidak lama lagi.

Di antara penerima sumbangan adalah adik kepada arwah Khairunnisa Jaffri, penuntut UITM yang meninggal akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini. Keluarga tabah ini menerima dugaan bermula tahun 2016 setelah rumah terbakar & ayahnya kembali kerahmatullah pada tahun yang sama. Pada tahun ini pula diuji dengan kehilangan anak sulung yang sepatutnya menjadi tulang belakang keluarga. Selain itu juga beberapa anak yatim kematian ibu, kematian bapa yang mendapat penjagaan daripada waris-waris terdekat.

InsyaAllah PAS Labuan akan meneruskan program-program kebajikan secara berterusan melalui ops kebajikan oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Labuan. Kesemua dana yang digunakan untuk program-program kebajikan seperti ini adalah merupakan kutipan daripada kalangan ahli-ahli PAS sendiri.

Besar harapan PAS Labuan dengan sedikit bantuan ini dapat memberi sokongan kepada anak-anak untuk meneruskan pembelajaran agar dapat menyumbangkan bakti kepada Agama, Negara & bangsa berteraskan Islam yang syumul selaras dengan teras perjuangan PAS selama ini.