Home Berita PAS Wilayah

Sambutan mini karnival PAS Bandar Tun Razak meriah

65
SHARE

Oleh : Abdul Aziz Azmee

18 September 2022, Bandar Tun Razak : Seramai 200 orang penduduk sekitar Pangsapuri Perindu telah hadir bersama-sama memeriahkan Mini Karnival Rakyat yang berlangsung pada 18 September 2022 (Ahad) bermula 9:00 pagi sehingga 12.30 tengah hari di Perkarangan Surau Ubudiah, Pangsapuri Seri Perindu, Alam Damai. Turut sama hadir adalah rakan-rakan dari Lajnah Kesihatan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, wakil Persatuan Penduduk Sri Perindu serta ahli PAS sekitar Bandar Tun Razak.

Majlis pembukaan Mini Karnival Rakyat telah dirasmikan oleh Tuan Haji Md Shukor bin Aziz, YDP PAS Kawasan Bandar Tun Razak.

Program yang bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara PAS Bandar Tun Razak dengan masyarakat sekitar BTR telah mendapat sambutan meriah dan menggalakkan daripada masyarakat sekitar Pangsapuri Sri Perindu, Alam Damai Cheras.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti Ceramah Diet Sihat oleh Doktor Aini (Dietician di salah sebuah hospital di Lembah Klang), Pertandingan mewarna untuk kategori umur bawah 12 tahun, demo masakan oleh Opah Latifah dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir dalam program hari ini.

Selain itu turut disediakan pemeriksaan kesihatan percuma, Klinik Al Fatihah, ruang pemeriksaan mata, jualan buku, jualan kit Skuad Sihat, serta jualan Rakyat (set Beras 5kg, tepung 1kg dan gula berharga hanya RM15).

Ustazah Rahimah Abd Rahim, selaku Pengarah Program menyatakan “Program hari ini yang bertemakan ‘Kebajikan’ telah berjaya mengukuhkan ukhwah dan saling kenal mengenal antara satu sama lain bagi mengelakkan berlaku salah faham dari dikalangan masyarakat setempat”

Beliau juga mengucapkan Tahniah dan Syabas atas penganjuran Mini Karnival Rakyat kali ini serta diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Surau Perindu kerana memberi kerjasama menggunakan tempat untuk program, pengerusi Persatuan penduduk Sri Perindu, Ahli PAS sekitar BTR, Dewan Muslimat PAS Wilayah, para petugas yang tidak disebutkan nama serta semua yang telah menjayakan program yang julung kali diadakan ini.