Home Berita PAS Perak

Sambutan Meriah Program Menjelang Ramadhan

684
SHARE

Sambutan Meriah Program Menjelang Ramadhan


GUAR MANONG : Sempena menjelangnya Ramadhan dan PRU tidak berapa lama lagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kangsar dengan kejasama Jentera Pilihanraya DUN Manong dan cawangan-cawangan PAS Zon Manong telah mengadakan Program Perkampungan Pilihanraya Menjelang Ramadhan di Kg Guar Manong pada hari ini. Program telah disempurnakan perasmiannya oleh YDP PAS Kawasan Kuala Kangsar, Dato’ Drs. Khalil Idham Lim, 21 Mei lalu.

Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang itu  dihadiri oleh lebih 300 penduduk sekitar Manong. Dalam ucapan perasmiannya, YDP PAS Kuala Kangsar, Dato’ Drs. Khalil Idham Lim meyakinkan kepada pengunjung bahawa sudah menjadi lumrah bagi Islam dan jemaah Islam yang sering difitnah dan di tohmah dengan pelbagai berita rekaan. Sedangkan hakikatnya beliau menegaskan bahawa Islam yang di perjuangkan oleh PAS akan terus menjadi penyelamat kepada sesiapa yang membelanya didunia dan akhirat.

Beliau juga menegaskan bahawa memberi undi kepada PAS adalah usaha yang boleh mencegah dari kemungkaran dari terus berleluasa bila dengan kuasa yang diperolehi seperti yang kita dapat di Kelantan sehinggakan kedai-kedai judi semuanya ditutup. Tentunya orang yang mengundi pas akan mendapat pahala, tegasnya.

” Saya menyeru kepada semua untuk terus tetap istiqamah bersama perjuangan Islam kerana dengan jalan inilah kita yakin akan dalam menyelamatkan kita dunia dan akhirat” katanya.

Beliau juga menyeru supaya seluruh yang hadir untuk berkerja dengan sepenuh tenaga bagi menghadapi UMNO dan BN dalam PRU akan datang.

Sambil menafikan tidak sekali-kali kita kan bersatu dengan BN dan UMNO sebagai menafikan fitnah jahat yang dilemparkan oleh musuh PAS.

YDP PAS Kuala Kangsar juga telah melancarkan pergerakan Muslimat Muda PAS dan Ameera Care berjumlah sekitar 20 orang yang bergerak ke sebuah lokasi sempena program pada hari ini.

Walaupun hujan renyai-renyai turun dipertengahan program namun pengunjug tidak berganjak dari tapak acara kerana pelbagai pengisian yang menarik yang telah disusun oleh penganjur. Antara acara yang disediakan ialah :-
1. Pertandingan melukis untuk kanak-kanak.
2. Pertandingan memasak.
3. Pertanding sepakraga ratus.
4. Pertandingan melempar buah pinang.
5. Acara memanah.
6. Pertandingan meraut lidi kelapa.
7. Pertandingan menyepit kacang menggunakan chopstix.
8. Gerai jualan.
9. Cabutan bertuah
10. Bantuan kepada 20 orang yang memerlukan.

Disamping itu disediakan slot ceramah agama dengan tajuk “syoknya puasa” yang telah disampaikan oleh AJK Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar, Ust Muhammad Bakri bin Abdul Rahim

{jathumbnail off}