Home Kenyataan Media Presiden PAS

Persembahan Ucapan Menjunjung Kasih D.Y.M.M Sultan Selangor

5,840 views
SHARE

Kenyataan Media Presiden PAS

PERSEMBAHAN UCAPAN MENJUNJUNG KASIH D.Y.M.M SULTAN SELANGOR


Patik dan seluruh ahli PAS merafak sembah ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih dan ta’zim atas limpah perkenan D.Y.M.M Tuanku Sultan Selangor untuk mengekalkan ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga tarikh Pilihanraya Umum yang akan datang.

Sesungguhnya limpah perkenan DYMM Tuanku amat disanjung tinggi untuk memastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor demi menjaga kebajikan dan kemakmuran rakyat.

Patik sepenuhnya meyakini bahawa ketiga-tiga ahli MMKN Selangor dan 10 orang ADUN daripada PAS tidak pernah luntur semangat untuk menjunjung kepercayaan DYMM Tuanku dan meneruskan amanah bagi menjaga kestabilan Kerajaan Negeri Selangor dan berkhidmat untuk rakyat dengan adil dan saksama.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

28 Syaaban 1438H / 25 Mei 2017