Home Berita PAS Johor

Sambutan hari raya PASTI Tanjung Piai meriah

41
SHARE

Oleh: Azizah Aziz

TANJUNG PIAI, 23 Mei – PASTI Kawasan Tanjung Piai telah menganjurkan sambutan hari raya untuk meraikan anak-anak dan alumni PASTI, pelajar Tahfiz, penduduk sekitar dan ahli PAS Tanjung Piai di sini, kelmarin.

Program yang dilaksanakan di Pusat Tarbiah PAS Kawasan Tanjung Piai, Kampung Maju Jaya Pekan Nanas dimeriahkan dengan persembahan pantun raya daripada pelajar PASTI dan qasidah serta selawat daripada pelajar Tahfiz Azizurahim, Melayu Raya Pekan Nanas.

Majlis yang sederhana turut dihadiri Yang Dipertua PAS Kawasan Aminuddin Abdullah, Timbalan Yang Dipertua Abd Mutalip Hasan, serta Ketua Urusan ‘Ulamak, Ustaz Nordin Borhan.

Hadir sama Pengerusi PASTI Kawasan Muhamad Syafiq Mohd Adabi dan Ketua Dewan Muslimat Selemah Mintol serta Ketua Majlis Guru PASTI Azizah Abdul Aziz.