Home Berita PAS Pulau Pinang

Sambutan Hari Keluarga Kariah Kubang Semang

37
SHARE

Kubang Semang (03/12/2023) – Sambutan Hari Keluarga Kariah Kubang Semang berlangsung dengan penuh kemeriahan dengan pelbagai aktiviti. Antaranya pertandingan memasak, pakaian traditional dan pelbagai acara lagi.

Program yang berlangsung di Homestay Abooya Lahar Yooi disertai hampir 50 orang daripada beberapa keluarga.

Menurut Pengarah Program Puan Siti Hajar, program ini adalah acara tahunan bagi merapatkan saf hubungan sesama penduduk qariah.

Program dirasmikan oleh YB Hj Amir Hamzah Abdul Hashim (ADUN Permatang Pasir) dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan program sebegini yang dapat merapatkan hubungan.

Program berakhir dengan upacara penyampaian hadiah oleh YB Hj Amir Hamzah Abdul Hashim.

Turut hadir memeriahkan majlis ADUN Penanti YB Zulkif Bin Bakar serta Pengerusi Masjid Kubang Semang Hj Jauzi Bin Taib.