Home Berita PAS Pulau Pinang

Program Memancing,Kayuhan Klasik Dan Motor Antik

30
SHARE

Permatang Pauh – Kemeriahan Program Memancing,Kayuhan Klasik Dan Motor Antik anjuran PAS Cawangan Mak Sulong dapat menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai model motosikal,basikal antik.Bukan sahaja pameran basikal, motosikal antik tetapi juga acara memancing.

Menurut ketua Cawangan PAS Mengkuang Mak Sulong, saudara Hj Ahmad Md Isa acara ini adalah acara tahunan setiap tahun sekitar 100 peserta terlibat untuk semua acara.

Dan yang lebih penting walaupun acara ini dianjurkan oleh PAS Cawangan tetapi sambutan diterima daripada masyarakat dari pelbagai fahaman politik.

Turut hadir memeriahkan majlis YB Hj Amir Hamzah (ADUN Permatang Pasir) dan YB Zulkifli Bakar (ADUN Penanti). Majlis penutup perasmian disempurnakan oleh Yang Di Pertua PAS Permatang Pauh, Tn. Hj Omar Hasan.