Home Berita PAS Sabah

PAS jadi perantara antara rakyat dan agensi kerajaan

31
SHARE

Oleh : FAIZAH ARBAIN

4 Dicember 2023

SANDAKAN : Keutamaan untuk meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup rakyat Sabah menjadi agenda utama PAS Libaran sebagai perantara rakyat dan agensi kerajaan.

Pengarah Pilihanraya PAS Libaran, Nasruddin Lahapin, berkata sedemikian ketika berucap untuk merasmikan program Munajat Palestin dan Taklimat PERKESO kali ke dua.

Katanya lagi, “ agensi kerajaan seperti PERKESO adalah yang paling kerap PAS menjadi perantara. Ini kerana PAS mahu rakyat tahu dan celik terhadap kemudahan dan skim yang boleh di tuntut ketika menghadapi kesusahan di kemudian hari”.

Tambahnya, “ ramai rakyat ketika susah tidak tahu memohon pertolongan dengan siapa, malah dengan keadaan susah dan kesihatan yang merosot, tiada pekerjaan dan tiada pendapatan untuk menampung kehidupan”.

Ujarnya lagi, “Ketika inilah pelbagai skim yang di carum dulu akan membantu rakyat meneruskan kehidupan dengan lebih baik lagi”.

Taklimat PERKESO yang diadakan semalam ahad adalah anjuran Halwa JPRD Sungai Sibuga. Selain itu, program turut mengadakan munajat untuk Palestin.

Ceramah Palestin turut di sampaikan oleh ustaz Huzaifah. Kemudian, turut dilancarkan Tabung Palestin untuk PAS Relief di program tersebut.

Seramai hampir 50 orang telah hadir untuk memeriahkan majlis. Program diakhiri dengan pemberian sekampit beras kepada penerima yang layak dikalangan penduduk tempatan.

Turut hadir, Pengerusi Masjid Tuan haji Junaidin Baharun dan AJK Masjid yang turut memeriahkan program tersebut.