Home Kenyataan Media PAS Terengganu

Perutusan Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

758
SHARE

Saya bagi pihak seluruh Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu kepada seluruh ahli-ahli PAS dan seluruh kaum muslimin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang penuh dengan rahmat, yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, ataupun yang disabdakan oleh Rasulullah saw, iaitu bulan yang diawal-awalnya adalah rahmat oleh Allah, dan pertengahannya adalah keampunan, dan terakhir akan terbebas daripada api neraka.

Saya berdoa dan mengharapkan, gantungkan harapan kepada Allah SWT, semoga kita umat Islam dapat mengambil peluang daripada keberkataan, rahmat yang disediakan oleh Allah dalam bulan Ramadhan ini.

Kita akan dapat mengambilnya sebanyak mungkin menerusi pendekatan diri kita kepada Allah, melalui jalan-jalan yang disediakan oleh Allah samada menerusi membaca al-Quran, memperbanyakkan zikir, bersedekah dengan sebanyak-banyaknya, kerana ini lah bulan yang paling diberkati, yang paling dimustajabkan oleh Allah SWT.

Saudara-saudara, tuan dan puan-puan sekalian,

Marilah sama-sama kita mengambil peluang daripada Ramadhan ini untuk mencapai matlamat pada mana yang diletakkan oleh Allah SWT, bahawa matlamat kita, matlamat difardukan Ramadhan untuk membina taqwa ataupun untuk menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah.

Orang yang bertaqwa kepada Allah adalah orang yang mengikut apa jua perintah Allah menghindar diri dari apa jua yang dilarang oleh Allah, atau dengan lain perkataan sebagaimana telah disifatkan oleh Syaidina Ali Karamallahu Wajhah, orang yang bertaqwa adalah takut kepada Allah SWT, apa jua yang kita lakukan mesti diukur.

Samada Allah ta’ala reda ataupun Allah benci, Allah marah atau Allah murka , itulah ukuran yang mesti dilakukan oleh kita dalam apa jua tindakan, dalam apa jua tingkah laku, yang akan kita laksanakan.

Dan yang kedua, mesti beramal mengikut wahyu yang diturunkan oleh Allah, iaitu kita mesti bertindak mengikut wahyu, mengikut ayat-ayat ataupun syariat yang diturunkan oleh Allah samada perkara yang berkaitan dengan peribadi, ataupun yang berkaitan dengan keluarga, ataupun apa jua yang berkaitan dengan masyarakat dan juga yang berkaitan dengan negara.

Mestilah selaras dan selari dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah untuk kita mencapai darjat ketaqwaan kepada Allah.

Dan yang ketiga ialah mesti bersedia menyediakan kelengkapan dan bekalan untuk kita behadapan dengan hari yang kita akan tempuhi iaitu hari selepas daripada kematian yang mana pada waktu itu Allah taala sebut iaitu hari yang kita tak guna harta dan anak-pinak, melainkan orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.

Sekian ,terima kasih.
Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah kepada Allah!

Dato’ Ustaz Haji Husain Awang,
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
29 Sya’ban, 1438H/ 26 Mei, 2017

{jathumbnail off}