Home Artikel PAS Perlis

Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2019: Perlis Sudah Bersedia

160 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : PASTI Negeri Perlis yang diamanahkan menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2019 sudah bersiap-sedia menerima kedatangan peserta dari seluruh negara ke acara sambutan berkenaan yang berlangsung selama dua hari, bermula 28 Jun ini.

Menurut pengarah sambutan Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, pihaknya kini berada dalam fasa terakhir gerak kerja bagi sambutan yang akan diadakan di Hotel Seri Malaysia, dekat sini.

Beliau yang juga Pengarah PASTI Negeri Perlis berkata, acara sambutan yang bertemakan ‘Guru Murabbi Penyatu Ummah’ itu dijangka menerima kehadiran lebih 250 orang peserta dari seluruh negara.

“PASTI Negeri Perlis berasa bertuah kerana diberi kepercayaan menjadi penganjur sambutan pada tahun ini dan kami komited untuk melakukan yang terbaik sempena sambutan itu nanti.

“Kami juga mengalu-alukan hehadiran para peserta dari seluruh negara yang akan berkampung di sini selama dua hari bermula 28 Jun nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Setiausaha Agung PAS Dato’ Takiyuddin Hassan dijangka hadir merasmikan acara sambutan berkenaan yang dijadualkan bermula pada jam 8.00 malam.