Home Berita PAS Kedah

Sambutan Hari Belia Negara, Dekad Ini Dekad Kita

613
SHARE

ALOR SETAR – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang diwakili Ketua Penerangannya, Ustaz Abdul Hadi Omar hadir ke Majlis Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Kedah.

Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Kedah dan Pelancaran Fit Malaysia Time2fit 2020-2021 telah dirasmikan oleh Exco Belia & Sukan Negeri Kedah, YB Tuan Mohd Firdaus bin Ahmad yang mewakili YAB Menteri Besar Kedah.

Majlis perasmian juga turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia, YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta jemputan VVIP Kementerian Belia & Sukan Malaysia.

“Hari ini merupakan sambutan hari belia negara peringkat negeri Kedah setelah beberapa kali tertangguh akibat PKP COVID-19,

“Jika kita hendak melihat wajah masa depan negara, maka lihatlah generasi mudanya pada hari ini.

“Belia merupakan aset berharga yang perlu digembleng kemahiran dan kepakaran mereka untuk menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan negeri dan negara amnya,

“Selain itu, pembangunan modal insan kepada para belia wajib diterapkan agar pembangunan seimbang dunia dan akhirat dicapai”, ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ketika memberi respon di tapak program petang tadi.