Home Berita PAS Kedah

Sambutan hangat program Gelombang Perikatan Nasional signal penduduk Baling undi PN

15260
SHARE

disediakan oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 23 JULAI 2023- Sambutan hangat dalam Ceramah Gelombang Perikatan Nasional di Baling adalah signal penduduk Baling akan memberi undi kepada Perikatan Nasional.

YB Dato’ Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS turut menyatakan hentaman demi hentaman hanya akan meramaikan lagi penyokong kepada Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.

“Lagi hentam, lagi ramai penyokong! lagi hentam, lagi banyak anak muda untuk tolak PH!” katanya.

Dalam masa yang sama, Tuan Haji Muhamad Sobri, CEO MBI Kedah turut dijemput untuk memberi ucapan. Beliau yang semakin dikenali sejak dua menjak ini kerana kes penahanan beliau oleh SPRM, mengambil kesempatan yang ada dengan memberi penjelasan yang sebenar kepada hadirin.

Malah dalam ucapan beliau, beliau meyatakan penekanan beliau selama 3 hari ditahan tidak menjejaskan sama-sekali semangat beliau.

“InsyaaAllah penekanan selama tiga hari menaik dan menambahkan semangat juang kita untuk sama-sama mempertahankan negeri Kedah.” Ucapnya.

Beliau turut memetik kata-kata Iman Hassan Al-Banna:

“Kalau kita dibuang ke luar negeri, anggaplah itu sebagai melancong, kalua kita ditahan di lokap anggaplah itu untuk kita berehat

“Saya berehat tiga hari, hari ini saya naik ke pentas untuk menerangkan kepada tuan-tuan dan puan-puan bagaimana jahat dan liciknya mereka”

Beliau juga memberitahu bahawa mereka sedang memperdayakan orang ramai  yang  tidak tahu dan faham berkaitan proses perundangan dengan mencalarkan imej beliau dengan pakaian baju oren yang disarungkan dan tangan yang digari! Sedangkan proses yang berlaku hanyalah keterangan dan masih tidak disabit dengan sebarang kesalahan.

Sebelum itu, konvoi solidariti anak muda yang turut diadakan di sebelah petang, melibatkan ribuan penglibatan anak muda diikuti dengan penampilan istimewa daripada Badrol Bakhtiar.

Ahli Parlimen Baling, YB Ustaz Hassan Saad menyebutkan bahawa ini adalah satu gelombang yang akan menjadi petanda untuk mempertahankan kemenangan di Negeri Kedah.