Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sambutan Bulan Sukan Negara 2019

98 views
SHARE

Sambutan Bulan Sukan Negara 2019

Dewan Muslimat PAS Malaysia melalui Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi menyambut Bulan Sukan Negara dengan mengadakan aktiviti sukan dan riadah mengikut negeri masing-masing.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Bulan Sukan Negara berlangsung sepanjang sebulan dalam bulan Oktober. Hal ini bertepatan bagi menggalakkan rakyat Malaysia tak kira usia dan latar belakang untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan melakukan aktiviti riadah yang pelbagai.

Justeru DMPM menggalakkan seluruh Muslimat PAS terutamanya untuk mengamalkan gaya hidup sihat seiring dengan anjuran kepada kita melalui Hadits Nabi SAW;

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اَلْـمُؤْمِنُ الْقَـوِيُّ خَـيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَـى اللهِ مِنَ الْـمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ…

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , beliau berkata, Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh Azza wa Jalla daripada Mukmin yang lemah;… (HR Muslim)

Memandangkan kerja buat kita sebagai ahli gerakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sangat banyak dan sering sahaja memerlukan kekuatan mental dan fizikal, adalah sangat digalakkan kepada kita agar menjaga kesihatan diri supaya dapat menggalas amanah dan tanggungjawab jemaah dengan sempurna.

Dewan Muslimat PAS di setiap peringkat digalakkan untuk melaksanakan aktiviti riadah yang mudah dan ringkas sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi menggalakkan Muslimat PAS kekal aktif dan sihat antaranya senamrobik, jogging, berjalan, berbasikal, bermain badminton dan lain-lain.

Di kesempatan ini, kami senaraikan aktiviti yang akan diadakan di peringkat negeri sepanjang Bulan Sukan Negara ini;
1. Kedah : Boling, 18 Oktober
2. Wilayah Persekutuan : Let’s Fit, 19 Oktober
3. Negeri Sembilan : Senam Seni Malaysia, Tabata Workout, 19 Oktober
4. Perlis : Let’s Fit, 20 Oktober
5. Melaka : Let’s Fit, 19 Oktober
6. Pahang : Aerobicton, 26 Oktober
7. Selangor : Senamrobik, 27 Oktober
8. Sarawak : Let’s Fit, Sepanjang Oktober – Awal November
*Negeri Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sabah masih belum ada ketetapan

Mardhiah Hayati Zolkeplai
Pengerusi
Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi
Dewan Muslimat PAS Malaysia
18 Oktober 2019 bersamaan 19 Safar 1441