Home Berita PAS Selangor

Majlis jumpa mata dan ukhuwwah di bawah pimpinan baharu – PAS Kawasan Gombak

16
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : PAS Kawasan Gombak

GOMBAK SETIA, 15 Oktober – PAS Cawangan Pinggiran Batu Caves Fasa 2 melakar sejarah dengan mengadakan Majlis Jumpa Mata Dan Ukhuwwah dengan kepimpinan cawangan yang baharu bagi sesi 2021/2023 di bawah pimpinan ketuanya, Tuan Mohd Rafi Che Husim.

Program yang dianjurkan ini turut dihadiri oleh Tuan Azahari dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak dan Mantan ADUN Gombak Setia juga merangkap Timbalan YDP PAS Kawasan Gombak Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh tetamu jemputan dan penyerahan sumbangan barangan keperluan kepada penduduk sekitar yang memerlukan. Majlis dilaksanakan dalam suasana yang penuh ceria dan patuhi SOP yang ditetapkan.

Semoga kepimpinan baharu PAS Cawangan Pinggiran Batu Caves dapat mengembalikan kegemilangannya suatu masa dahulu dan kembali bersedia untuk menghadapi PRU 15 yang akan datang.

“Tua, muda, remaja, anak kecil bergerak seiringan demi memastikan perpaduan ummah berjaya direalisasikan dan ukhuwwah kembali bertaut”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor