Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Salam Takziah daripada DMPM

3205
SHARE

 

SalamTakziah daripada DMPM..

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف عنه

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan takziah kepada Puan Suriani bt Shaharuddin dan seisi keluarga atas pemergian suaminya Allahyarham Abdullah bin Atan yang berumur 51tahun. Allahyarham terlibat di dalam kemalangan di lebuhraya berhampiran Sungai Buluh hala ke Kuala Lumpur.
Almarhum meninggalkan 5 orang anak dan beliau merupakan seorang kakitangan di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur.

Allahyarham adalah seorang kakitangan yang dedikasi, pendiam dan sangat disenangi oleh rakan-rakan sepejabat.

Dewan Muslimat PAS Malaysia melahirkan rasa dukacita atas kehilangan tersebut dan mendoakan agar rohnya tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan dari Allah swt.

Salam Takziah,
YB Senator Ustazah Nuridah bt Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.
3.10.2019
4 Safar 1441H.