Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah anjur Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS

1529
SHARE

PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2019 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) pada jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang

Program ini bertujuan untuk ;

1. Memberi kefahaman kepada kepimpinan PAS di semua peringkat berkenaan teras yang terkandung di dalam Ucapan Dasar Presiden PAS.

2. Menterjemah Ucapan Dasar Presiden PAS dalam bentuk pelan tindakan agar jentera di
peringkat akar umbi jelas tentang halatuju parti yang terkini dan mampu untuk bergerak
secara tersusun dan konsisten seperti yang telah termaktub di dalam Pelan Pemerkasaan
Parti dan Transformasi Imej (PPTI).

Sasaran :

1. AJK Badan Perhubungan PAS Negeri
2. AJK Dewan – Dewan PAS Negeri
3. Jawatan Kuasa PAS Kawasan (bagi setiap negeri)
4. Jawatan Kuasa Harian Cawangan (bagi setiap negeri)
5. Ahli PAS (bagi setiap negeri)