إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِعْ مَدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار
اجعلها مع الصالحين واجعل قبرها روضة من رياض الجنة ولا تجعل قبرها حفرة من حفر النار
Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan lafaz ‘Takziah’ buat seluruh ahli keluarga Bendahari PAS Terengganu, Cikgu M. Shukrimun b. Shamsudin atas pemergian isteri tercinta, Al-Marhumah Normaizan bt. Hashim pada jam 11.37 pagi tadi.
Pemergian Al-Marhumah pada hari Jumaat, penghulu segala hari penuh syahdu dan diberkati.
Al-Marhumah sebelum ini sangat komited dengan gerak kerja kebajikan, di samping beliau juga Setiausaha Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu.
Pemergian ini sudah pasti menghidupkan banyak hati kerana mereka telah menunaikan janji mereka kepada Allah S.W.T sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud;
“Di antara orang-orang mukmin itu telah ada mereka yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya),”
Dewan Muslimat PAS Malaysia mengambil kesempatan ini juga untuk mengajak semua penggerak PAS agar terus istiqamah di jalan ini sehingga tiba masa kita kembali kepada-Nya nanti.