Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Salam Ramadan 1441H:Berpuasa Dalam Musim PKP

2557
SHARE

Salam Ramadan 1441H:Berpuasa Dalam Musim PKP

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak buat seluruh umat Islam di mana saja berada khususnya di Malaysia ini.

Kehadiran Ramadan kali ini tentunya berbeza daripada Ramadan yang terdahulu. Ramadan kali ini kita rakyat Malaysia perlu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan kerana berdepan dengan covid19.

Justeru itu, sikap kita dalam mematuhi arahan ini akan menentukan sejauh mana PKP ini akan dilaksanakan dan iktibar pelanjutan langkah pencegahan dari negara-negara lain haruslah diambil supaya perkara yang sama tidak terjadi kepada negara kita.

DMPM berharap agar umat Islam dapat menyambut Ramadan dengan tenang bersama keluarga di rumah di samping mengisinya dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh. Mudah-mudahan Ramadan kita kali ini lebih baik daripada Ramadan sebelumnya serta mencapai natijah taqwa yang diimpikan seperti firman Allah SWT:

“Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”
(Surah al-Baqarah, ayat 183)

Stay Safe, Stay Home, Salam Ramadan Al-Mubarak 1441H.

SENATOR YB USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
23 April 2020 bersamaan 29 Sya’ban 1441H